“Entah kenapa ada yang jealous, saya tak tahu” – Anak Shuib terkejut kena palau dengan rakan sekolah

“Entah kenapa ada yang jealous, saya tak tahu” – Anak Shuib terkejut kena palau dengan rakan sekolah

 

“Entah kenapa ada yang jealous” – Anak Shuib terkejut kena palau dengan rakan sekolah

Dzahira Thalita Zahra yang merupakan anak Shuib terkejut apabila dirinya mula dipulaukan segelintir rakan sekolah selepas semakin dikenali.

Thalita bagaimanapun enggan menjadi perkara itu sebagai penghalang buat dirinya mengejar impian untuk bergelar penyanyi.

Ketika ditemui selepas sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends, kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar rakan di sekolah cemburu akan transisi dilaluinya.

“Memang saya kena ‘palau’ (dipulaukan) kawan-kawan. Entah kenapa ada yang ‘jealous’, saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apa pun saya masih Thalita yang sama.

“Saya menyedari perkara itu selepas muncul di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya belakang.

“Terkejutlah juga, tapi saya buat tak tahu selain berharap keadaan kembali macam dahulu kerana saya tak mahu masam muka dengan sesiapa. Saya cuma nak jadi penyanyi, itu sahaja,” katanya.

Disoal mengenai momen dirinya menangis sehingga tidak mampu meneruskan nyanyian di Bukit Bintang tempoh hari, Thalita akui dirinya sebak.

Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, dia juga sayu melihat ribuan penonton hadir memberi sokongan kepadanya.

“Bila tengok orang sanggup datang tengok saya menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali buatkan hati saya jadi sayu. Nyanyi pula lagu ibu, terus menangis.

“Memang lagu Kesetiaan juga merupakan kesukaan saya. Syukur sebab semua orang pun suka lagu ibu saya itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Thalita yang bakal membawa dua lagu akui teruja tampil pada Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura 10 Mei depan.

Sebagai persediaan, dia semakin kerap membuat latihan di bawah bimbingan datuknya juga penyanyi, Raisuddin Hamzah serta ayahnya sendiri.

“Saya seronok sebenarnya dapat tawaran ‘uncle’ Ajai sebab bukan sahaja dapat sertai konsert, ini pertama kali saya pergi Singapura,” katanya.

Selain Thalita, konsert tersebut bakal disertai ramai penyanyi hebat termasuk Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suib, Hazama dan Asmidar.