“Saja tambahkan beban staf” – Wanita dikecam guna alasan anak dalam perut kurang gerak sebab nak cuti
“Saja tambahkan beban staf” – Wanita dikecam guna alasan anak dalam perut kurang gerak sebab nak cuti
Kecoh di platform X, mengenai pendedahan seorang wanita di TikTok apabila dia dimasukkan ke hospital sebelum waktu bersalin.
Menurut wanita terbabit, dia sendiri menyerahkan diri ke PAC (patient admission centre) dengan memberi alasan bayi dalam perutnya kurang bergerak.
Namun, dakwanya alasan tersebut sebenarnya untuk mengelakkan dirinya pergi bekerja dan mahukan cuti yang panjang.
“Tapi sebenarnya dia gerak okay je. Seminggu kena warded anak aku tetap tak nak keluar.”
Malahan, dia sanggup menipu jururawat yang bertanyakan keadaan anak dalam perut semata-mata untuk duduk lebih lama di hospital sebelum waktu bersalin.
“Sepanjang warded tu setiap kali nurse tanya baby gerak okay tak? Aku jawab je tak sebab takut kena halau balik,” tulisnya.
Pendedahan wanita ini telah menyebabkan netizen berasa marah kerana memberi bebanan kepada staf hospital.
Bukan itu sahaja, alasan sebegini juga akan menyebabkan bayi berdepan risiko akibat ibu yang tidak bertanggungjawab.
Wanita terbabit bagaimanapun menafikan bahawa dia sengaja memberi alasan sebegitu dan menempelak dakwaan menghabiskan duit kerajaan kerana dia juga membayar semua bil hospital. Katanya, pendedahan yang dibuat itu hanyalah sebagai content sahaja.