Anak disahkan autisme, wanita menyesal terlalu ikutkan nafsu mengidam kerang
Anak disahkan autisme, wanita menyesal terlalu ikutkan nafsu mengidam kerang
Pengambilan makanan laut seperti ikan sewaktu kehamilan boleh memberikan nutrien yang menyokong tumbesar bayi dalam kandungan. Pun begitu bagi spesies yang bercengkerang, ibu mengandung disarankan tidak memakannya demi kebaikan jangka panjang si anak kelak.
Baru-baru ini di aplikasi X, seorang wanita bernama Satyani sempat berkongsikan penyesalannya yang terlalu suka makan kerang sewaktu menempuh kehamilan pertama beberapa tahun lalu. Pengambilan makanan laut itu juga didorong oleh rasa mengidam yang tidak dapat dikawal.
Ketika mahu memasukkan anaknya ke playschool pada usia 2 tahun setengah, guru-guru di sana mendapati kanak-kanak itu mempunyai perilaku yang agak berbeza.
Sebenarnya, Satyani sendiri sempat menyedari anaknya mempunyai sikap suka menyusun barang, terlompat-lompat, kerap menggoyangkan tangan dan melihat kipas angin. Namun tidak diduga ia merupakan simptom kepada masalah autisme.
Setelah mendapatkan rujukan pakar kanak-kanak, mereka mengesahkan anak Satyani sememangnya mempunyai autisme.
Selain kerang, wanita ini juga mengambil terlalu banyak suplemen sepanjang kehamilannya. Dia langsung tidak menyedari ia turut menjurus kepada punca yang memberikan anaknya masalah autisme.
Sebagai info tambahan, kerang merupakan spesies laut yang mengandungi merkuri. Bagi wanita hamil, pengambilan secara berlebihan atau daripada sumber yang tidak selamat dikhuatiri mengganggu tumbesaran anak sejak dalam perut lagi.