Disyaki miliki 60.3g ganja, polis sahkan Along Cham ditahan

Disyaki miliki 60.3g ganja, polis sahkan Along Cham ditahan

 

Disyaki miliki 60.3g ganja, polis sahkan Along Cham ditahan

Polis telah mengesahkan identiti selebriti lelaki yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah teres di Cyberjaya petang semalam.

Utusan melaporkan, suspek tersebutdikenali sebagai Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, selebriti itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, sekitar jam 3.10 petang, pihak polis menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dedaun kering disyaki ganja dengan anggaran berat keseluruhan 60.3 gram di lokasi kejadian.

Hasil ujian awal air kencing menunjukkan selebriti tersebut positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC). Namun, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.