“Aku izinkan bila suami nak nikah lagi, bila lihat reaksi anak, aku terus nekad, suami mula merayu-rayu”
Assalamualikum semua pembaca. Jika luahan ini disiarkan Alhamdulillah. Saya cuma ingin menceritakan kisah kemenangan sebenar saya dalam hidup. Kisah kemenangan yang saya rasa patut dikongsikan dan diambil sebagai pedoman untuk menghilangkan ketakutan serta melahirkan keberanian kepada wanita wanita diluar sana.
Seperti kata seorang penceramah suatu ketika dulu, malanglah seorang wanita jika tersalah pilih suami. Benar. Saya juga tidak terlepas dari diuji dengan perkara tersebut.
Pendahuluan untuk diri saya. Berusia awal 50-an. Anak saya semua perempuan, sudah remaja. Yang tua sudah bekerja. Yang kecil sekali tahun ni SPM. Saya punya kerjaya sendiri. Bergaji Alhamdulillah cukup untuk menyara kami sekeluarga.
Kisahnya bermula 6 tahun lepas. Disaat saya pulang kerja, saya lihat anak anak pun baru pulang sekolah. Saya ingat lagi waktu itu, saya keletihan, dengan tugasan ditempat kerja, suami saya sedang duduk dengan handphone.
Sebelum pulang tadi saya dapat whatsapp dari suami meminta saya pulang awal untuk berbincang sesuatu. Dalam kiraan saya, dia ingin membincangkan hal anak anak ataupun mahu meminjam duit untuk membeli kereta baru. Saya hanya reply OK dan bergegas untuk pulang.
Jarang suami minta saya pulang awal. Saya tersenyum.
Selepas masak dan makan malam. Saya naik ke bilik untuk solat. Selepas solat suami masuk. Saya masih dia atas sejadah. Saya ingat suami duduk dan mengatakan “this few years u selalu balik lambat”.
Saya senyum saja. Tanggapan saya suami ingin berterima kasih pada saya. “I have a lot of time alone, and this is what I want to discuss” katanya.
Saya ubah posisi duduk saya. Saya mula rasa tidak selesa dengan topik perbualan ini. Saya selalu balik lewat dalam membina kerjaya. Anak anak diuruskan suami.
Saya balik hampir 9 malam setiap hari, dan keluar seawal 8 pagi. Kadangkala bekerja di hari sabtu. Kalau terlampau banyak kerja saya akan buat dirumah.
Dalam saya timbang tara dan meningati semua itu, saya terdengar sayup sayup suara suami yang membuatkan air mata saya menitis.
“I nak kahwin lain” ringkas ayatnya tapi cukup menyakitkan.
Saat itu saya tengok saja muka suami. Suami pegang tangan saya, “can u let me?” katanya. Saya tunduk, tidak menangis tersedu sedu. Saya terlalu penat untuk itu. Saya letih.
Saya lepas tangan suami, bangun melipat telekung dan sejadah. Untuk pertama kali dalam hidup ini lepas solat isyak, saya terus tarik selimut untuk tidur. “You fikir dulu. I tak paksa, nanti beri keputusannya” katanya dan menutup lampu lalu keluar dari bilik.
Paginya saya bangun awal. Saya dapat tidur dengan lama dan lena. Suami belum bangun lagi. Saya buat kerja seperti biasa. Kejut anak bangun ke sekolah, buat sarapan pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja.
Sebelum ke tempat kerja saya kejut suami dan beritahu saya nak ke tempat kerja. Dia juga perlu bangun untuk ke tempat kerja.
Sampai di office, saya menangis. Menangis menangis dan menangis. Rasa sedih amat. Hari tersebut akhirnya saya buat keputusan balik awal. Sampai dirumah saya duduk diruang tamu. Saya lihat sendiri, semua perhiasan rumah ini saya yang beli. Barangan dapur juga saya yang beli. Sofa ini, hatta katil untuk kami tidur juga saya yang beli.
Saya bayar kereta saya, rumah ini dibeli bersama dengan suami tetapi dibayar sepenuhnya oleh saya. Saya masuk ke bilik anak anak. Anak anak mungkin kurang kasih sayang dari saya, tapi semua kelengkapan anak saya juga dibeli oleh saya.
Saya tidak pernah lupa hari jadi anak anak, suami malah mertua sekalipun. Saya Cuma sibuk mencari rezeki untuk kesenangan bersama. Apakah salah saya?
Suami saya bukanlah orang yang jahat. Dia penyayang dengan anak anak. Dia banyak diam dan sentiasa sokong kerjaya saya. Saya tak perasan saya terlampau mengabaikannya. Gaji saya dan dia terlampau jauh berbeza. Dia bekerja sebagai pemandu di jabatan kerajaan.
Kami bercinta dari zaman belajar. Cuma pada saya rezeki saya dalam kerja lebih luas. Saya terima dia seadanya. Tidak pernah saya ungkit kelebihan saya dapat menyumbang lebih untuk keluarga.
Hingga selepas malam suami kata ingin berkahwin lain baru saya tersedar. Terasa sia sia usaha saya membahagiakan keluarga. Kerja saya penat. Tersangat penat.
Bukan mudah untuk saya dapatkan gaji setiap bulan. Saya rela hidup susah kalau suami saya boleh setia. Saya sanggup berhenti kerja kalau suami mahu saya layan dia 100%. Apa suami tidak nampak kesusahan saya untuk semua yang dia ada hari ini? Kereta dia pun saya yang bayarkan. Malam itu suami seperti ternanti nanti reaksi saya. Tiada air mata semasa kami berbincang.
Saya dengan tersenyum kata, “I give u my permission. Kahwin la. Yang penting anak anak setuju.” Suami tersenyum.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya lihat dia tersenyum bahagia sekali dan mencium tangan saya berkali kali dan berjanji akan memberitahu anak anak. Saya diam. Senyum tidak menangis pun tidak. Saya tidak yakin anak anak akan menyebelahi saya.
Saya sedih tapi hati ini tak tahu ada di mana. Suami panggil ketiga tiga anak kami. Mereka duduk. Semua tersenyum senyum. Selalunya bila dipanggil begitu berbincang untuk percutian kemana mana. Kali ini tidak. Saya hanya diam memikirkan nasib saya.
“abah want to say something.” Saya kata. Saya matikan tv. Supaya anak anak focus.
“Do you guys remember aunty Ina?”. Oh Ina namanya. Dalam saya memikirkan nasib, saya tidak tanya langsung siapa yang bakal merampas kebahagiaan saya. Anak anak bermuka pelik dan mengangguk.
“What do you think kalau dia masuk dalam family kita?” kata suami lagi.
Anak saya yang sulong pandang muka saya.
“What do you mean?” katanya.
“Abah nak kahwin dengan aunty Ina. Untuk bantu dia.”
Saya hampir tergelak. Bukankah dia patut bantu saya? Apa dia fikir saya tidak letih dengan tugasan harian saya? Saya hanya diam.
“Mama setuju?” tanya anak saya lagi.
Belum sempat saya buka mulut suami dah jawab, “yes, mama dah setuju..”
Anak saya bangun dengan muka marah dan meninggalkan kami. Anak kedua saya yang diam dari tadi mula memeluk saya dan yang kecil menangis. Saya diam dan melihat suami.
Esoknya saya mulakan hari seperti biasa. Anak saya minta untuk saya hantar mereka kesekolah. Masa itulah baru saya terbuka hati untuk membuat keputusan terbesar dalam hidup saya.
Anak saya. Dia merayu untuk tinggal dengan saya. Berkali kali saya terangkan kami tidak berpisah.
Anak saya tetap dengan kata ingin tinggal dengan saya. Anak saya yang sulong juga berkata “mama, be strong, whatever happen along tetap dengan mama. Along tak setuju dengan abah. Mama pun patutnya tak setuju!” marahnya.
Hari itu juga saya mohon emergency leave dan saya beritahu suami saya ingin bercerrai. Suami terkejut. Suami saya ada merayu untuk saya fikir semula. Saya kata keputusan saya muktamad. Saya mahukan pencerraian. Demi anak anak saya. Anak saya semua perempuan. Saya tak mahu anak anak jadi orang yang lemah dengan mencontohi saya.
Saya juga tak mahu lagi membela suami. Penat lelah saya tidak dihargai, malah dihina dengan mahu berkahwin lain. Pertama kali depan muka suami saya marah, menangis dan memaki hamun. Hilang rasa hormat. Saya anggap dia macam orang luar. Terluah segala bebanan sepanjang hampir 20 tahun berkahwin.
Selang seminggu, suami memujuk saya untuk membatalkan pencerraian. Dia berjanji untuk memutuskan hubungannya dengan perempuan yang tidak pernah saya kenali itu. Dia memujuk merayu dan memohon saya membatalkan segalanya. Saya kata saya sudah tiada hati. Anak anak juga dah mula tak bertegur dengan suami. Saya tetap dengan keputusan untuk bercerrai.
Alhamdulillah setelah semuanya selamat. Saya sujud syukur. Saya bersyukur dan saya memohon agar Allah bantu saya untuk terus hidup. Bekas suami minta untuk saya keluar dari rumahnya. Katanya itu rumah dia. Saya keluar, saya mampu untuk hidup sendiri.
Alhamdulillah, abang saya membantu memberikan tempat perlindungan yang sebelum ini dia sewakan. Kami duduk berempat. Anak saya lebih gembira. Saya mula step down dari jawatan jawatan besar ditempat kerja. Saya focus dengan anak anak.
Alhamdulillah. Hari ini saya masih bersyukur dengan keputusan yang saya buat 6 tahun lepas. Saya lebih rasa kasih sayang anak anak. Walaupun tanpa suami. Rumah kami dulu telah terjual. Saya juga telah membeli rumah lain untuk saya dan anak anak tinggal. Selepas kes pencerraian itu saya rasa lebih tenang. Hati saya reda. Yang penting bagi saya, anak anak saya.
Saya tidak kisah jika suami tidak memberikan nafkah untuk anak anak. Anak yang kecil pernah mengatakan, “yaya tak suka abah” Saya hanya senyum. Saya tak pernah hasut anak anak saya untuk membenci bapa mereka. Tapi dari apa yang mereka nampak, mereka sendiri yang memberi reaksi begitu.
Hubungan saya dengan keluarga mertua juga masih baik. Masih juga ibu bapa mertua bertanya kabar dan berharap saya kembali kepada anaknya. Jawapan saya masih sama “tak apalah, saya selesa begini”
Perempuan ni, sabarnya tinggi. Kami mampu bekerja untuk membahagiakan orang yang kami sayang. Kami tak minta banyak, hanya kata terima kasih untuk apa yang telah kami korbankan. Terima kasih untuk apa yang kami sumbangkan dan maaf untuk hak kami yang dinafikan.
Hati kami lembut. Kami mampu hidup derita dengan orang yang kami sayang. Tapi bila pengorbanan kami sia sia, kami rasa tidak dihargai, maka anak anak la penguat kami.
Berapa ramai wanita hari ni bernasib seperti saya tapi masih juga berjuang? Masih memperjuangkan dan masih cuba mempertahankan rumah tangga? Berapa ramai yang menangis senyap senyap dan masih terseyum depan anak anak saat hati ini sakit kerana perbuatan suami? Berapa ramai yang katanya masih bertahan demi anak anak?
Kita semua sama. Rezeki saya dikurniakan anak yang sangat memberi semangat hingga saya rasa tidak perlu lagi saya berdiri berpaut pada suami. Jangan kata kerana kerjaya saya, saya boleh membuat keputusan begitu.
Percayalah saya rasa hilang segala galanya saat suami berpaling dari saya. Saya rasa jatuh, saya rasa pedihnya hidup begini. Tapi anak anak penguat saya.
Yakinlah, jika kita ikhlas selama ini, jika kita betul betul lakukan kerana Allah, tapi masih bukan rezeki kita, yakinlah untuk memilih haluan lain dan tetapkan la segala keputusan kerana Allah. Allah juga yang akan membantu dalam segala urusan.
Alhamdulillah untuk apa yang kita ada hari ini. Saya doakan wanita-wanita yang menrima nasib yang sama seperti saya 6 tahun lepas terus kuat dalam apa jua keputusan yang dilakukan.
Terima kasih.
Dr Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC