Akhirnya Ebit Lew tampil bersuara, ‘Hidup hanya hendak sukakan Allah…’

Akhirnya Ebit Lew tampil bersuara, ‘Hidup hanya hendak sukakan Allah…’

 

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilihat tenang menjalani kehidupan seperti biasa biarpun khabar angin berkaitan dirinya bertiup kencang di laman media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Beliau turut mengambil peluang membawa keluarga tersayang bercuti ke Pulau Langkawi yang menjadi destinasi gelembung pelancongan domestik baru-baru ini.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya hendak sukakan Allah iaitu untuk mendapat reda Allah,” ujarnya di laman Facebook semalam.

Ebit menerusi laman Instagram turut berkongsi sebuah klip video memaparkan beliau dan isteri kelihatan ceria menaiki jet ski di sekitar pantai pulau peranginan berkenaan.

Ebit menerusi laman Instagram turut berkongsi sebuah klip video memaparkan beliau dan isteri kelihatan ceria menaiki jet ski di sekitar pantai pulau peranginan berkenaan.

Tangkap layar hantaran Instagram dan perkongsian video Ustaz Ebit menaiki jet ski bersama isterinya baru-baru ini.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tidak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tidak tahu hendak ucap bagaimana.

“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah,” tulisnya semalam.

Beliau berkata, kita perlu menghargai keluarga serta insan yang dicintai kerana Allah dan di samping turut mengingatkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya untuk mendapat keredaan dan kasih sayang Maha Pencipta.

“Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh Alam,” tulisnya.

Semalam, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Dalam pada itu, pendakwah bebas, PU Syed turut menulis status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala fitnah dan dakwaan dilemparkan terhadap dirinya.

Sumber: Kosmo