Akhirnya DG Noor Hisham akui mereka yang sudah divaksin boleh sebarkan wabak Covid-19
1- Pada 15 Jun aku ada Menulis persoalan tentang Vaksin, Ketika itu aku minta Kerajaan bercakap jujur tentang Vaksin, Sebab dari bacaan dan pemerhatian aku mereka yang divaksin lebih mudah menjangkiti orang lain, masa tu aku kata, Ada ketika kita kena membaca petanda petanda ini, lalu aku memetik sebagaimana firman Allah..
إن في ذلك لآيات للمتوسمين..
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “ ..
( Surah Al Hijr : ayat 75 )
2- Hari ini kata DG Noor Hisham dalam statusnya
“Virus yang membiak itu sama kadar jangkitannya terhadap orang yang tidak divaksinasi, yang bermaksud orang yang sudah divaksin dapat menyebarkan virus itu dan menjangkiti orang lain ”
3- Sebelum Dr Noor Hisham sentuh hasil laporan ni pun, 2 Minggu lepas aku dah sentuh dapatan Agensi Kesihatan Awam England (PHE) tentang varian Delta ni.. hari ni Dr Noor Hisham akui beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak
4- Masa Bulan jun tu aku kata, Kerajaan perlu jujur untuk fahamkan rakyat.. Biarpun divaksin, Mereka mungkin boleh menjangkiti orang awam yang lain, Tapi tidak..Kerajaan masih memberikan janji dan harapan palsu, Seolah olah kata PM, Sapa yang dah Divaksin boleh kesana kesini, Boleh lintas Negeri..aku dah pertikai pandangan tu tidak tepat.. seolah olah Kerajaan anggap Vaksin ini ubat..
5- Sebab aku melihat apa yang berlaku dipersekitaran aku.. Ketika itu cukup mudah satu keluarga dijangkiti.. dan ada laporan ada merek yang lengkap divaksin jadi pencetus kluster.. malah ada Keluarga Forntliner yg dah divaksin dijangkiti satu keluarga yg sebabkan kematian seawal Raya Eidulfitri..
6- Itu sebab aku kata, Kerajaan dan MKN gagal menganalisa dapatan dilapangan, Itu sebab depa gagal buat kawalan dan SOP dengan betul, Aku sendiri sebelum ini berbahas dengan kawan aku seorang Doktor yang pertahan mereka yan dah Divaksin tak boleh menjangkiti orang lain, Ini masalah bila Beriman dengan WHO semata mata dan gagal melihat relaiti kes..
7- Cuba kita lihat, Lebih Tinggi proses vaksinasi, Lebih tinggi kes.. Itu sebab aku pertikai proses Vaksinasi ini gagal, Bukan soal Jumlah tetapi keghairahan Kerajaan mengejar jumlah vaksinasi tanpa strategi yang tepat.. Mereka seronok dengan PPV mega apa yang Kerajaan dapat ? Kematian dan Kes yang tinggi..
8- Lihat saja suasana PPV hari ini di Bukit Jalil, Penuh sesak.. tanpa SOP, Perkara ini bukan baru, berlaku hampir setiap hari orang bersesak dapatkan vaksin tanpa kawalan dan SOP.. Bukan sebab apa nak kejar jumlah Negara paling cepat Vaksin, Singapuran dan New Zealand yang populasi dia 5 Juta tu pun tak sebodoh Malaysia..
9- Mengikut jadual asal, Vaksinasi di Malaysia akan lengkap pada FEB 2022, Rasa aku timeline tu dah OK.. Dah teratur jika strategi yan dilaksanakan tepat..Tapi Maahiddin dan Mail Sabri sibuk nak percepatkan sebelum Oktober konon nak buat Pilihanraya, dan akhirnya ianya membunuh Rakyat sendiri..kes Melonjak.. apa gunanya..
10- Tak salah nak percepatkan, Tapi kena Bijak..Sebenarnya kalau Klinik Kerajaan, Hospital dan Klinik swasta hatta Sekolah digunakan seperti Pilihanraya digunakan untuk vaksinasi pun, aku rasa lebih cepat dan Effisen dari sistem PPV Mega yang dibanggakan Khairy Jamaluddin seperti pesta Sure heboh dengan aksi aksi Maskot.. Bagi aku Khairy tidak lah smart sangat..Gaya jer lebih..
11- Tapi itulah Kerajaan, Kalau cara nya tepat, Mungkin kerajaan boleh jimat lebih RM 2 Billion.. Boleh agihkan pada rakyat untuk duduk rumah, Malangnya, Belanja berpuluh Billion..Akhirnya jadi Negara paling teruk data kematian dan kes aktif mengikut Populasi Rakyat.. Akhirnya Perbelanjaan Mega rakyat sia sia…
12- Lihat Vietnam, Korea Selatan, hatta Negara yg sistem kesihatan meeka jauh tertinggal dari Malaysia jauh lebih bijaksana dalam pendekatan, Itu sebab Jokowi selalu tekankan, pendekatan mesti selalu berubah melihat dari sifat dan varian wabak itu sendiri berubah dalam mengimbangi Ekonomi dan Kesihatan..
13- Tapi itulah Kerajaan Gagal, Dan masih dengan PM yang gagal dan Menteri yang jaga MKN dan SOP yang gagal.. Habis hancur sistem kesihatan dan Ekonomi dibuat depa.. berapa ramai pula yang dah mati sebab Kerajaan tidak bercakap jujur..Lebih teruk ada Penasihat kesihatan yang bagi aku juga gagal merangka kawalan dan Strategi yang betul melawan Pandemik.. 🙂
Ipohmali
Sumber: Ahmad Muslim Badawi Badawi