Achey ‘pening kepala’, hanya mampu solat sunat

Achey ‘pening kepala’, hanya mampu solat sunat

 

Muat naik pelawak terkenal dan verstail tanah air, Achey di Instagram menarik perhatian orang ramai di media sosialnya. Perkongsian pelawak tersebut berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, di mana penerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini.

Pening Kepala, Hanya Mampu Solat Sunat

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan itu membuatkan Achey berasa pening kepala kerana dirinya merupakan penerima vaksin jenis Sinovac, dan dalam hantarannya di Instagram pelawak ini mengatakan hanya mampu solat sunat dalam kapsyen ringkasnya.

“Aku Sinovac (emoji pening kepala)”

“Solat sunat banyak-banyak…” Tulisnya

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat perkongsian pelawak terkenal itu di media sosial, orang ramai mula membanjiri ruangan komen posting tersebut. Ramai yang berkongsi pandangan mereka dengan meluahkan rintihan hati yang risau dan ada juga yang berkongsi pengalaman telah menerima dos penggalak secara positif.

“Bertabahlah abang @acheykintangkintung saya pun sama juga”

“Sama lah saya Sinovac juga….”

“Sama pun sama…….”

“Saya juga Sinovac klan. Dah booster awal bulan Disember tahun lepas. Alhamdulillah hidup lagi nih”

“Padam je MySejahtera tu

Untuk makluman, Menteri Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang menerima vaksin jenis Sinovac perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac ini nanti, dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan status di aplikasi MySejahtera sebagai tidak lengkap.