Abang ni hulur RM6 waktu shooting, dia ingat saya betul-betul ‘sakit’ – Nad Zainal

Abang ni hulur RM6 waktu shooting, dia ingat saya betul-betul ‘sakit’ – Nad Zainal

 

Disangka pengemis, seorang lelaki menghulurkan sedekah sebanyak RM6 kepada Nad Zainal ketika sedang melakukan penggambaran  di Lenggong, Perak.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Nad berkata lelaki berkenaan tidak sedar bahawa ada kamera di hadapannya yang jarak kira-kira 100 meter.

“Kisah pagi ini. Abang ni hulur RM6 pada saya waktu shooting, dia ingat saya betul-betul ‘sakit’.

“Dia tak nampak depan kami (jarak dalam 100m) ada kamera. Saya beritahu, saya ok bang, saya shoot, dia tetap hulur.

“Terima kasih abang.. semoga niat baik abang, Allah balas dengan kebaikan,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Bagaimanapun Nad tidak menyatakan secara jelas dia menjalani penggambaran drama mahupun filem.

Dia turut memuji warga Lenggong yang baik hati sudi membantu mereka dalam kesusahan.

“Baik hati orang Lenggong,” tulisnya lagi.-