“Abang hentak kepala.. Khadeejah nampak” – Tular audio mirip suara Aisyah Hijanah bergaduh dengan Alif Teega

“Abang hentak kepala.. Khadeejah nampak” – Tular audio mirip suara Aisyah Hijanah bergaduh dengan Alif Teega

 

Baru-baru ini tular hantaran Instagram (IG) Story yang dibuat naik adik susuan kepada pempengaruh, Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam memaparkan laporan kesihatan yang mendakwa kakaknya dipukul abang iparnya, Alif Teega.

Terbaharu, tular pula satu video di TikTok memaparkan rakaman audio pergaduhan melibatkan Aisyah dan Alif.

Menerusi rakaman tersebut, kedengaran Alif yang seakan tidak berpuas hati dengan Aisyah kerana memuat naik mengenai masalah rumah tangga mereka di media sosial.

Namun, apa yang mengejutkan ialah pendedahan dibuat Aisyah yang mendakwa Alif telah mencederakan dirinya.

Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat kepala Aisyah tadi kan?

Khadeejah nampak dan sampai lebam tangan Aisyah.

Bagus sangat, hari ini abang akan masuk lokap.

Dalam pada itu, Alif dilihat seakan mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana sudah hilang sabar dengan isterinya.

Aisyah yang mula dulu (kekerasan), Aisyah kutuk dan banyak kali dah hina abang. Aisyah tak hormat abang sebagai seorang suami.

Macam mana abang tak marah? Abang cakap elok-elok, ‘Jangan hina abang depan Khadijah’. Tapi Aisyah buat lagi dan lagi.