Siapa sangka pada suatu hari nanti animasi tempatan bakal ditontonkan di dalam bilik darjah di Korea Selatan?
Menerusi perkongsian video TikTok oleh khai_eon_woo, dia telah merakam momen sekumpulan pelajar sekolah di Korea Selatan sedang menonton siri animasi Upin Ipin di dalam bilik darjah.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah keterujaan para pelajar menonton dengan khusyuk di samping bersorak atau ketawa melihat sesuatu babak di dalam episod yang disiarkan pada televisyen.
Malah, Encik Khai selaku guru juga mendedahkan bahawa pelajarnya turut sudah mengetahui tagline karakter Mael di dalam animasi Upin Ipin iaitu ‘dua singgit’ untuk jualan ayam gorengnya.