Isu bersekedudukan & beri beg tangan Cik Epal ke Dewi, Jofliam tampil beri penjelasan

Isu bersekedudukan & beri beg tangan Cik Epal ke Dewi, Jofliam tampil beri penjelasan

 

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam akui beri beg tangan Cik Epal ke Dewi sebagai satu tindakan rebel selepas isu rumah tangga mereka berpanjangan.

Dalam perkongsian terbaru Jofliam ke Insta Story dia menyatakan hal tersebut sudah semakin merepek dan lebih kepada cabar mencabar di media sosial.

Jelasnya dalam kenyataan tersebut, dia tidak menghalau bekas isterinya, Cik Epal  keluar daru rumah dan masih lagi memberikan nafkah kepadanya setiap minggu.

Dia turut menyatakan dirinya tidak menderhaka kepada ibu dan  memilih untuk menutup mulut selepas apa yang berlaku sewaktu di Milan.

Jofliam akui beri beg tangan

Usahawan berkenaan juga menjelaskan perihal beg tangan berwarna coklat yang menjadi perdebatan sejak semalam.

Ujarnya, beg tersebut telah dihadiahkan kepada Cik Epal sehari sebelum dia terbang ke Milan bersama beberapa lagi barangan yang mencecah harga RM30,000.

Jofliam akui kesilapan memberikan beg tersebut kepada orang lain kerana tindakan tersebut adalah bentuk rebelnya selepas isu berkenaan berpanjangan.

Usahawan Pizza Wagyu itu menegaskan bahawa dia tidak bersekedudukan walaupun mengakui bahawa wanita berkenaan ada keluar masuk ke rumahnya dengan ditemani keluarga.

Menurut Jofliam, penceraian dia lebih memilih untuk menyelesaikan segala permasalahan secara tertutup dan tidak mahu mencipta sebarang kontroversi lagi di media sosial.

Dia juga menyatakan mahu berdamai dengan takdir dan memilih untuk menjadi ibu bapa terbaik demi anak-anak di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut nampaknya dibalas oleh Cik Epal di ruangan media sosial miliknya dengan mempersoalkan kembali tindakan dibuat oleh bekas suami.

Jelasnya, sebelum ini dia telah bertindak secara tertutup tentang permasalah rumah tangga mereka namun Jofliam yang memulakan dahulu dengan memuat naik beberapa kenyataan lebih-lebih lagi sewaktu di Milan sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

Perbalahan antara Cik Epal dan juga Jofliam nampaknya belum lagi berakhir apabila masing-masing saling berbalas kenyataan di media sosial.

Perkara tersebut menjadi semakin rumit apabila adanya podcast menampilkan Dewi iaitu wanita yang dikaitkan dengan Jofliam sehingga pelbagai masalah baru timbul termasuklah perdebatan mengenai beg tangan.