Cik Epal tuntut Dewi buat permohonan maaf secara terbuka, bayar ganti rugi RM1 juta

Cik Epal tuntut Dewi buat permohonan maaf secara terbuka, bayar ganti rugi RM1 juta

 

Kes rumah tangga pempengaruh Cik Epal dengan bekas suaminya, Jofliam masih menjadi bualan ramai.

Ia susulan satu rancangan Astro yang menjemput wanita dikenali sebagai Dewi yang dikatakan merupakan sosok ketiga dalam perhubungan mereka.

Menurut Dewi atau nama sebenarnya, Emira Delyati Dewi dia pernah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam oleh Cik Epal sendiri.

Malah, Dewi mendakwa Cik Epal menangis dan meminta maaf kerana telah melakukan pelbagai perkara kepadanya sehingga rumah tangganya hancur.

Pun begitu, Cik Epal menerusi laman Instagram miliknya hari ini memuat naik sebuah posting yang merupakan surat tuntutan permohonan maaf daripada Dewi melalui peguamnya.

“Aku telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam aku. Aku menuntut Dewi membuat PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA dan membayar gantirugi RM 1 JUTA kepada aku,” tulisnya.

Dalam tuntutan itu, Cik Epal menuntut permohonan maaf secara terbuka serta ganti rugi RM 1 juta daripada Dewi susulan kenyataannya dalam temu bual tersebut serta beberapa hantarannya di media sosial.

Menurut surat tuntutan itu, jika Dewi gagal mematuhi notis tersebut dalam masa tujuh hari, maka pihak Cik Epal akan terus membuat tuntutan di mahkamah.