Penganjur minta maaf insiden bendera China dikibar di Teluk Intan, tampil jelaskan perkara sebenar

Penganjur minta maaf insiden bendera China dikibar di Teluk Intan, tampil jelaskan perkara sebenar

 

Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia tampil membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia berhubung insiden mengibarkan bendera China semasa Festival Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa di Teluk Intan malam tadi.

Video memaparkan kibaran bendera China itu tular di media sosial. Warganet mempersoalkan kenapa perlu mengibarkan bendera negara lain?

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guang Gong Malaysia, Soon Boon Hua berkata, menganggap ianya kes yang tidak dirancang atau disengajakan.

Kerana pihak persatuan mereka tidak pernah merancang untuk mengibarkan bendera China atau negara lain dalam program mereka.

@hamidahahmad51

Tular video sekumpulan individu dipercayai berbangsa Cina berarak sambil mengibarkan bendera negara China di sekitar menara condong Teluk Intan. Berita Penuh: – https://tvpertiwi.com/2024/10/25/video-sekumpulan-individu-berarak-sambil-kibar-bendera-china-cetus-tanda-tanya/ #tvpertiwi

♬ original sound – HamidahAhmad – HamidahAhmad

Bercakap di Facebook rasmiya, Soon Boon Hua berkata: “Sebagai pihak penganjur, kami ingin memohon maaf di atas insiden tersebut dan akan meneliti semua aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan program ini berjaya (pada masa hadapan).”

Soon Boon Hua menyatakan bahawa Festival Budaya Guan Gong Antarabangsa sudah lama dianjurkan di negara ini. Dan sudah dianjurkan di beberapa  negeri termasuk Johor, Pulau Pinang dan Perak.

Menurut Soon lagi, dalam setiap festival yang mereka anjurkan, mereka akan sentiasa mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, sebagai lambang patriotisme. Jadi untuk festival di Teluk Intan, penganjur juga menggunakan polisi yang sama.

Cuma agak terkejut apabila ada pihak yang mengibarkan bendera negara China.