Siap boleh guna SPayLater, rumah teres RM250k dijual di Shopee

Siap boleh guna SPayLater, rumah teres RM250k dijual di Shopee

 

Menjadi kebiasaan buat bakal pemilik rumah mencari senarai hartanah menerusi pengiklanan di platform terkemuka seperti Facebook, Mudah, iProperty, atau Propertyguru.

Namun, nampaknya ada individu sudah memperluaskan ke platform e-dagang pula mungkin kerana lebih mudah ditemui oleh orang ramai.

Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000 menerusi laporan Sinar Harian.

Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.

Rumah teres RM250,000 dijual di Shoppe

Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kadar kemampuan pengguna yang berminat.

Perkongsian tersebut sudah semestinya menjadi berita gembira buat bakal pemilik rumah pertama yang bertuah memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar di kemudian hari.