Selepas ‘Venom Batik Malaysia’ dapat pujian Sony, pelukis Indonesia hasilkan Venom versi wayang kulit pula
Baru-baru ini, seorang artis profesional tempatan, Arif Rafhan telah menghasilkan rekaan ‘Venom Batik’ dan mendapat pujian dari Sony Pictures.
Ilustrasi yang dikongsikan menjadi bualan hangat di media sosial serta dihujani pujian kerana menaikkan nama Batik Malaysia di persada antarabangsa.
Mungkin merasa tercabar, seorang pelukis komik dari Indonesia langsung memperlihatkan karyanya yang menampilkan karakter Venom dengan versi wayang kulit.
Ilustrasi diberi nama “WISA: Tari Pungkasan” di mana dapat dilihat sosok Venom yang sedang menjelir lidah serta dilukis dengan cukup teliti dengan menerapkan seni kebudayaan Jawa dalam bentuk wayang kulit.
Perkongsian karyanya di media sosial langsung menjadi perhatian dan rata-ratanya membidas kerana tidak cantik serta kelihatan ‘try hard’ untuk cuba mendapat perhatian pihak Sony Pictures seperti mana artis Malaysia dengan Venom Batik.
Ekoran takut dikecam atau berlaku perbalahan dua negara berlanjutan, dia langsung mengehadkan komen di media sosialnya pada ketika ini.