“Tak perlu pun nak jumpa” – Datuk Red cemburu Adira nak ‘photoshoot’ dengan Fattah Amin?

“Tak perlu pun nak jumpa” – Datuk Red cemburu Adira nak ‘photoshoot’ dengan Fattah Amin?

 

Usahawan yang juga kini pempengaruh media sosial, Datuk Red cemburu Adira nak menjalani penggambaran bersama pelakon Fattah Amin.

Menerusi rakaman siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu  dilihat seakan berseloroh meluahkan perasaan cemburu terhadap bekas isterinya yang akan bekerjasama dengan Fattah Amin.

Susulan daripada itu, usahawan berusia 47 tahun itu bergurau dengan mencadangkan agar Adira dan Fattah melakukan penggambaran pada hari yang berbeza.

Hasil penggambaran tersebut kemudian disunting untuk terlihat seakan-akan diambil bersama malah Datuk Red juga bersedia menawarkan khidmatnya bagi menyunting gambar berkenaan.

“Zaman sekarang dah canggih, kau photoshoot hari Selasa dan Fattah hari rabu. Nanti gabungkan je gambar tu, aku pun pandai buat lah. Aku dah pandai edit sekarang. Tak perlu pergi jumpa dia, dah kenapa.

“Aku edit kau dukung dia pun boleh, tapi kau tak jumpa dia. Tak perlu pun nak jumpa,” selorohnya.

@putehhhx

#abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal

♬ Funny – Gold-Tiger

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat pasangan bekas suami isteri itu.

Mereka juga mendoakan agar Datuk Red dan penyanyi, Adira dipermudahkan segala urusan dan bahagia kembali sebagai suami isteri kelak.