Lelaki kongsi cara tukar penutup radiator kereta, rupanya ada nombor sendiri

Lelaki kongsi cara tukar penutup radiator kereta, rupanya ada nombor sendiri

 

Bila nak berjalan jauh, tentunya kereta menjadi pilihan utama orang ramai berbanding motosikal.

Apatah lagi faktor cuaca turut dipertimbangkan dalam perkara ini, lebih-lebih lagi hujan lebat dan ribut petir sering melanda negara kebelakangan ini.

Namun, jika kereta yang digunakan, kita tidak perlu lagi bimbang tentang faktor cuaca dan keselesaan sepanjang di atas jalan raya.

Bagaimanapun, sebelum memulakan perjalanan jauh, kereta perlulah diselenggara atau melakukan pemeriksaan pada bahagian-bahagian penting.

Antaranya termasuklah tayar kereta, minyak enjin, minyak brek dan beberapa komponen lain. Perkara ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan.

Salah satu komponen wajib periksa adalah radiator. Ini kerana, radiator bertindak sebagai penyejuk enjin daripada suhu panas, lebih-lebih lagi jika kenderaan itu bergerak dalam jarak yang jauh.

Jika tidak ia terdedah kepada kerosakan yang menyebabkan anda perlu menukar penutup radiator ini.

Tambahan lagi, penutup radiator ini tidak boleh ditukar secara sembarangan kerana mempunyai nombor tertentu.

Menurut perkongsian seorang lelaki dalam akaun TikTok @altimatautogarage memaparkan, pada setiap penutup radiator mempunyai nombor seperti 1.1 atau 0.9 dan sebagainya.

Katanya, jika tidak menggunakan penutup asal (nombor sama) berisiko berlaku kerosakan termasuk enjin menjadi panas (overheat).

“Korang tahu tak? penutup radiator ni kalau rosak, nak tukar, tak boleh tukar sesuka hati sahaja. Dia ada nombor tersendiri.

“Macam kereta ini nombor dia 0.9. Kalau penutup radiator kereta ini rosak, korang tak boleh tiba-tiba pakai penutup bernombor 1. Dia mesti kena pakai nombor yang sama, iaitu 0.9 juga,” jelasnya dalam video itu.

Katanya lagi, perkara ini disebabkan setiap penutup radiator telah diciptakan mengikut kesesuai tekanan enjin kereta.

Jika menggunakan penutup radiator yang salah, ia boleh mengundang kepada kerosakan kereta.

@altimatautogarage

Jangan nak tukar radiator cap sesuka hati kalau tak nak enjin kereta overheat !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #brakekereta #discbrake #aircondkeretabaubusuk #baikikereta #gearboxkereta #automotifmalaysia #automotivemalaysia #automotif #bengkelmalaysia #aircondkeretabocor #gearbox #automotive #otomotif

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Semoga bermanfaat.