Peniaga kongsi cara nak bersihkan kerak hitam pada kuali, guna satu bahan ni baru menjadi
Bagi yang meniaga di kedai makan atau di rumah, mesti sedar dasar dan bahagian sebelah dalam juga kadang kala ada kerak hitam.
Kalau nak rebus air, mesti bahagian hitam tu akan masuk semula dalam air, tak cantik dah kuah masakan.
Rupanya ada cara senang nak pastikan ia bersih, buat ia selepas selesai menggunakan kuali agar kerak tak keras.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Abang Terbang mengenai cara seorang wanita bersihkan kuali hanya dengan menggunakan jus limau nipis.
Bahan-bahan:
- Air
- Pisau potong daging
- Jus limau nipis
Cara-cara:
- Pastikan kuali betul-betul panas.
- Kemudian gunakan pisau pemotong daging untuk mengikis segala kerak hitam.
- Tuangkan jus limau nipas ke serata kuali dan kikis sekali lagi hingga ia bersih.
- Tuang air kosong le atas kuali untuk pastikan kesemua kerak hilang.
- Jika ada berus dawai boleh bersihkan ia hingga licin.
Ini pula petua yang dikongsikan pengguna Facebook lain menggunakan ais, tomato atau bawang.
Air dan batu asah pisau
Saya dan suami pernah kerja jual burger selama lima tahun, kuali memang sentiasa bersih, kami guna tips daripada pekerja kedai mamak.
- Lepas sudah tutup api, tuangkan air atas kuali leper tu.
- Kemudian guna batu asah pisau tu untuk kikis semua kotoran tu termasuk di bahagian bucu.
Sos tomato
Ini ada lagi satu petua saya belajar, hanya menggunakan sos tomato.
- Sapu rata kuali dengan sos tomato dan biar ia untuk satu malam.
- Esok tu basuh, keluar habis semua kerak tu.
Bawang
Dulu masa berniaga jual burger, saya guna bawang buat cuci kuali Hari-hari buat masa buka kedai.
Bawang dekat 5 ke 6 biji juga guna untuk cuci kuali, memang jadi putih macam baru beli.