“Alasan dia..” – Adam Shahz tak nak bagi RM1,000 untuk persekolahan anak, Fatin Afeefa syukur suami sudi bantu

“Alasan dia..” – Adam Shahz tak nak bagi RM1,000 untuk persekolahan anak, Fatin Afeefa syukur suami sudi bantu

 

Pelakon jelita Fatin Afeefa kecewa dengan tindakan bekas suaminya yang juga seorang pelakon, Adam Shahz. Ini kerana Adam tidak dapat memberikan wang RM1,000 untuk membantu anak mereka memulakan persekolahan.

Fatin Afeefa menegaskan bahawa RM1,000 itu untuk membeli peralatan sekolah seperti buku, alat tulis dan juga baju sekolah.

Fatin Afeefa terkilan tindakan bekas suami yang enggan memberikan wang RM1,000 kepadanya kerana menurut Adam kes ini sudah di mahkamah dan dia hanya membayar atas perintah mahkamah.

Dipetik daripada laman Beautifulnara, Fatin Afeefa menyatakan: “Untuk sekolah punya, dia tak bayar. Sebab dia cakap tak setuju. Bagi saya, kalau masuk sekolah, tak kisah kerajaan atau swasta, memang harga sama.

“Sebab nak beli baju, beli buku. Tapi kalau ikut dia punya pemahaman, kita kena tunggu mahkamah tentukan. Jadi, saya harap mahkamah berpihak pada Ivy [anak] la.”

Fatin mendedahkan bahawa jumlah kos persekolahan Ivy adalah bernilai RM3,000 tetapi Fatin Afeefa meminta cuma RM1,000 daripada Adam Shahz.

Fatin bersyukur kerana suaminya, Opai memahami keadaan dan membantunya menyelesaikan bayaran dan kos untuk persekolahan anak mereka.

@majoritiofficial

Fatin Afeefa cuma minta RM1,000 je #fatinafeefa #sekolah #yuran #adamshahz #majoriti #beritatiktok #trendingnewsmalaysia

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official